Saya sedang berhadapan dengan manusia pencipta alasan dangkal untuk mengelak melunasi tanggungjawab yang dirasakan tidak memberikan manfaat buat dirinya. Apabila seorang guru yang rajin di mata Pengetua, cekap menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Pengetua tetapi mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan kerja yang dia tidak berurusan langsung dengan pengetua, maka kita dengan jelas memahami isyarat yang diberikan. Bukan masalah memilih bulu tetapi masalah dia memandang kita bos kecil yang tidak ada makna kepada dirinya. Saya terpegun apabila guru ini mempertikaikan penulisan kerta kerja yang menyebut tugasnya sebagai AJK buku Atur Cara dan Dokumentasi tidak sah kerana bahan yang patut diedarkan semasa Majlis Pelancaran Bulan Akademik baru-baru ini(15/2/2016 ) ialah brosur atau pamplet. jadi, bukan bidang tugasnya dan dia tidak mahu melakukannya . Selanjutnya dia menyerahkan kepada AJK di bawahnya dan langsung tidak mengambil tahu tugas itu. Bercuti seenaknya tanpa me
Berkongsi cerita-cerita pahit manis, suka duka, gundah ceria kehidupan seorang guru