Saya percaya kepada pegangan pembelajaran sepanjang hayat. Bahawasanya setiap insan harus sentiasa belajar sehingga sampai waktu harus pulang ke negara abadi. Namun, belajar secara formal dan berjadual tidak pernah terfikir dalam benak fikir saya pada penghujung usia perkhidmatan yang telah saya rancang bakal bernokhtah tidak lebih separuh dekad lagi. Namun, sayapercaya dan yakin bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik. Oleh itu, saya tempuh dan redah jalan ini atas niat menimba ilmu kerana Allah. Mudah-mudahan Allah reda dan perkenankan usaha saya lalu diterima sebagai amal soleh buat diriku. Walau pembelajaran ini berlalu secara atas talian sepenuhnya, namun nilai ilmu yang dipelajari tetap tiada susut nilainya. Pada saya suatu yang sangat berharga kerana dapat saya aplikasikan dalam tugasan seharian saya sebagai seorang Penolong Kanan di sekolah. Objektif 1. mengenal pasti konsep pemimpin berwawasan 2.Mengaitkan pemikiran strategik, perancangan strategik dan pemikir
Berkongsi cerita-cerita pahit manis, suka duka, gundah ceria kehidupan seorang guru