Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

CATATAN CUTI HUJUNG TAHUN 2015-KERJA BUAT KITA YANG TIADA SIAPA TAHU

      Hari-hari liburan telah berlalu. Cuti yang tersisa di penghujung Disember diisi  dengan  sesi musyawarah, Sang ketua  harus siap siaga menghadapi hari pertama bertemu para anak buah yang penasaran ingin tahu tugas tahun mendatang. Folder pengurusan menjadi milik setiap guru.      Tahun ini, sebagai ahli pentadbiran yang paling baharu dalam Grup 10 Pentadbir , saya mendapat tugasan agak berat iaitu menguruskan Pembikinan Folder Pengurusan Tahun 2016. Cuti Hujung tahun saya  rabak kerana tiga minggu pertama diisi dengan jadual padat menyiapkan takwim,  menyunting bahan-bahan daripada Guru-guru Penolong  Kanan. Kebetulan  guru yang menjadi setiausaha saya sedang menjalani rawatan IVF. saya harus bertimbang rasa meminimumkan kerja beliau yang bermakna saya harus melakukan banyak perkara sendirian tanpa bantuan beliau Saya kongsi proses kerja Folder Pengurusan di sini:  PROSES KERJA  FOLDER PENGURUSAN TAHUN 2016 BIL Tarikh Proses Kerja TINDAKAN

TRADISI MUSYAWARAH DALAM DUNIA PENDIDKAN

Baki cuti penghujung tahun 2015  diisi  dengan musyawarah. Tempoh liburan sudah tamat. Maka, kembali kita ke sekolah dengan debaran. Tugas apakah yang menanti? Cabaran apakah yang bakal mendatang ? Beratkah ?  ringankah tugas yang bakal digalas  ? Seribu rasa yang menghantui jiwa  kadang-kadang mengundang penasaran yang tak bertepi. Mengimbau kenangan Penghujung Disember 2014, ketika genap setahun bertugas di tempat baru terkejut dan bungkam membisu seketika menatap belasan tugas  yang perlu digalas, Berkecamuk Fikiran saat itu. Jiwa yang kerdil mengasak akal menganalisis dan  mena'akul minda. Isyarat daripada jiwa kacau dan dada sarat  emosi menghasilkan rasa  cemas dan tidak puas hati. Sesungguhnya yang jauh itu ialah masa lalu. Saya akur akhirnya bahawa perancangan Allah itu sangat indah. Pengakhiran yang saya jangka nyata tersasar. penghujung 2015, Saya masih di sini. Tanggungjawab lebih berat namun situasinya berbeza. Berada bersama barisan pentadbir men

CATATAN HARI PERTAMA ,KEMBALI KE SEKOLAH : SEGAR JIWA,BUGAR MIINDA

Saya ingin kembali ke sekolah dengan jiwa segar dan minda bugar. Biarpun, tidak seperti tahun-tahun terdahulu kerana cuti saya berlalu tanpa rehat secukup dan sepuasnya , saya masih berharap keceriaan jadi milik hakiki diri  saat melangkah  pada hari pertama sekolah dibuka.  Harapan harus diiringi doa. Malam 4 Januari, saya sujud di kaki sejadah , penuh rindu, syahdu  dan sendu mohon kepada-Nya, yang maha mengasihi dan maha menyayangi, agar lagu jiwa lara berlalu daripada kamus hidup saya.  Alhamdulillah, hari pertama berlalu indah dan meriah . Bibir mampu mengukir senyum , lidah juga mampu melafaz kata bermakna buat sahabat perjuangan dan  anak didik terkasih, Alhamdulillah, besar nikmat dan rahmat daripada-Mu , ya Illahi, Ya Rabbi.