Skip to main content

MENCIPTA ALASAN DANGKAL

Saya sedang  berhadapan dengan manusia pencipta alasan dangkal untuk mengelak melunasi tanggungjawab yang dirasakan tidak memberikan manfaat buat dirinya.

Apabila seorang guru yang rajin di mata Pengetua,  cekap menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Pengetua  tetapi mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan kerja yang dia tidak berurusan langsung dengan pengetua, maka  kita dengan jelas memahami isyarat yang diberikan. Bukan masalah memilih bulu tetapi masalah dia memandang kita bos kecil yang tidak ada makna  kepada dirinya.

Saya terpegun apabila  guru ini mempertikaikan penulisan kerta kerja yang menyebut tugasnya  sebagai AJK buku Atur Cara dan Dokumentasi tidak sah kerana bahan yang patut diedarkan  semasa Majlis Pelancaran Bulan Akademik baru-baru ini(15/2/2016 ) ialah  brosur  atau pamplet. jadi, bukan bidang tugasnya dan dia tidak mahu melakukannya . Selanjutnya dia menyerahkan kepada AJK di bawahnya   dan langsung tidak mengambil tahu tugas itu. Bercuti seenaknya tanpa mengambil kira kesukaran orang lain kerana olahnya,

Apabila saya menegurnya supaya lebik cakna dengan tugasnya, dia melenting-melenting dan menuduh saya mencari salahnya. Dia memperbodoh-bodohkan saya dengan mengatakan istilah untuk bahan edaran dipanggil brosur dan pamplet bukan buku atur cara atau buku program.

Aduhai...macamlah saya ini baru dua tiga tahun posting. Usia dan pengalaman mengajar saya 13 tahun lebih daripadanya. Bukan saya rasa saya lebih baik....namun bidang pengacaraan majlis sudah saya ceburi sejak usia 13 tahun. Saya cukup kenal buku atur cara dan buku program!. Saya pernah mengacarakan majlis peringkat negeri dan kebangsaan juga!

Saya bukan ingin riak atau menyombong diri, namum kekesatan bahasanya terhadap saya dan kedangkalan alasannya membawa kepedihan hati yang bukan sedikit.

Doa saya moga dia sedar dan malu sendiri, Seorang pendidik yang baik harus bersabar menerima teguran dan kritikan dan  bukan menyangka diri sudah cukup baik jika dapat menawan hati Pengetua sehingga kurang ajar dengan cikgu senior yang  lain.

Comments

Popular posts from this blog

GURU BAHASA MELAYU TERAKHIR

     Hari  ini terasa seperti berjuang sendirian.  Tiada siapa peduli. Ada aku kesah?  agaknya begitulah. kadang-kadang rasa  syok sendiri pun ada. Rasa bersalah kerana terasa bersikap prejudis pun ada, Entah yang mana satu pun tak ku tahu. Yang jelas medan rasa kurang enak itu memang telah hadir.      Begini ceritanya...aku melatih anak-anak didikku berforum. dengan bahasa indah, Bahasa santun ku ajarkan kepada mereka.   Laras bahasa ilmiah yang penuh keindahan berbahasa ku dedahkan kepada mereka. Mereka berlatih bersungguh. Menghafal skrip,  melatih diri menjawab soalan spontan dan memperbaiki sebutan baku.     Akhirnya mereka mencipta sejarah.  Piala Johan Daerah Pertandingan Forum Remaja menjadi milik mereka.  KISAS , pasukan yang tak pernah kecundang peringkat daerah tumpas di tangan  mereka. Lalu hari ini Puan pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang di tapak perhimpunan. Sungguh aku...

Kisah Guru Baharu

 Kisah Tahun 1995             Letih-letai hari itu. Mengajar kelas peralihan  yang sama,  Dua waktu untuk Bahasa Melayu dan dua waktu untuk Amalan Bahasa Melayu . Seramai 40 otrang pelajar . 90 peratus tidak memahami Bahasa Melayu. Boleh membaca tetapi tidak tahu makna. Nakalnya pula...Masya-Allah !     Sudah lama aku perhatikan anak murid aku yang seorang ini. Di dalam kelas dia tidur selalu. Bila ku kejutkan cara  lemah lembut dia buat muka tak tahu. Terpisat-pisat angkat muka, pandang mukaku sambil menggosok-gosok mata dan letak kepala semua di atas meja.  Begitulah berulang kali. Geram tidak terkata, aku hentak mejanya, tidaklah terlalu kuat tetapi cukup mengejutkannya.         Reaksinya di luar dugaan. Mungkin terkejut mimpi indahnya kugugat, dia jadi berang. Dengan wajah penuh amarah, dia mengangkat kerusi tinggi separas dadanya. Matanya tajam merenungku. Analisis mindaku dap...