Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Kisah Guru Baharu

 Kisah Tahun 1995             Letih-letai hari itu. Mengajar kelas peralihan  yang sama,  Dua waktu untuk Bahasa Melayu dan dua waktu untuk Amalan Bahasa Melayu . Seramai 40 otrang pelajar . 90 peratus tidak memahami Bahasa Melayu. Boleh membaca tetapi tidak tahu makna. Nakalnya pula...Masya-Allah !     Sudah lama aku perhatikan anak murid aku yang seorang ini. Di dalam kelas dia tidur selalu. Bila ku kejutkan cara  lemah lembut dia buat muka tak tahu. Terpisat-pisat angkat muka, pandang mukaku sambil menggosok-gosok mata dan letak kepala semua di atas meja.  Begitulah berulang kali. Geram tidak terkata, aku hentak mejanya, tidaklah terlalu kuat tetapi cukup mengejutkannya.         Reaksinya di luar dugaan. Mungkin terkejut mimpi indahnya kugugat, dia jadi berang. Dengan wajah penuh amarah, dia mengangkat kerusi tinggi separas dadanya. Matanya tajam merenungku. Analisis mindaku dapat mencerna dia ingin menghentam aku. Astagfirullah. Aku sedang memboyot masa itu, 8 bulan men

GURU BAHASA MELAYU TERAKHIR

     Hari  ini terasa seperti berjuang sendirian.  Tiada siapa peduli. Ada aku kesah?  agaknya begitulah. kadang-kadang rasa  syok sendiri pun ada. Rasa bersalah kerana terasa bersikap prejudis pun ada, Entah yang mana satu pun tak ku tahu. Yang jelas medan rasa kurang enak itu memang telah hadir.      Begini ceritanya...aku melatih anak-anak didikku berforum. dengan bahasa indah, Bahasa santun ku ajarkan kepada mereka.   Laras bahasa ilmiah yang penuh keindahan berbahasa ku dedahkan kepada mereka. Mereka berlatih bersungguh. Menghafal skrip,  melatih diri menjawab soalan spontan dan memperbaiki sebutan baku.     Akhirnya mereka mencipta sejarah.  Piala Johan Daerah Pertandingan Forum Remaja menjadi milik mereka.  KISAS , pasukan yang tak pernah kecundang peringkat daerah tumpas di tangan  mereka. Lalu hari ini Puan pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang di tapak perhimpunan. Sungguh aku terkejut, saat anak-anak didikku ke pentas tiada tepukan kedengaran. Lebih 600 oran