Skip to main content

Posts

Showing posts from May 27, 2016

NOSTALGIA MENYAMBUT HARI GURU

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA MAMPUKAH SAYA? SAYA HANYA GURU KERDIL.. PADA SAAT, SEMUA RAKAN GURU MEMUAT NAIK  FOTO-FOTO SAMBUTAN, JUSTERU, SAYA LEBIH GHAIRAH  MENGEMAS KINI BLOG-BLOG SAYA WALAUPUN  ENTRI BLOG INI  MUNGKIN TAK DIBACA SESIAPAPUN.. SAMBUTAN  HARI GURU BUKAN PADA 16 MEI?      B eberapa tahun belakangan ini , Detik 16 MEI tidak disambut secara total sebagai Hari Guru. Sambutan pada hari itu lazimnya ialah sambutan rasmi dengan Bacaan Perutusan Hari Guru daripada Menteri pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Fenomena ini sering tak mampu dielakkan kerana pada tarikh tersebut murid-murid sedang bergelut meluahkan buah fikir pada  kertas peperiksaan dan guru-guru juga sedang begitu sibuk memamah dan menelusuri setiap inci skrip jawapn murid-murid. Kedengaran juga rungutan daripada para guru bahawa sambutan di luar detik waktu 16 Mei terasa hambar dan kurang bermakna walau bagaimanapun indah pengisiannya.  Bagi saya, apa-apa sahaja 'boleh'. Saya su