Saya ingin kembali ke sekolah dengan jiwa segar dan minda bugar. Biarpun, tidak seperti tahun-tahun terdahulu kerana cuti saya berlalu tanpa rehat secukup dan sepuasnya , saya masih berharap keceriaan jadi milik hakiki diri saat melangkah pada hari pertama sekolah dibuka. Harapan harus diiringi doa. Malam 4 Januari, saya sujud di kaki sejadah , penuh rindu, syahdu dan sendu mohon kepada-Nya, yang maha mengasihi dan maha menyayangi, agar lagu jiwa lara berlalu daripada kamus hidup saya. Alhamdulillah, hari pertama berlalu indah dan meriah . Bibir mampu mengukir senyum , lidah juga mampu melafaz kata bermakna buat sahabat perjuangan dan anak didik terkasih, Alhamdulillah, besar nikmat dan rahmat daripada-Mu , ya Illahi, Ya Rabbi.
Berkongsi cerita-cerita pahit manis, suka duka, gundah ceria kehidupan seorang guru