Skip to main content

Posts

Showing posts from August 31, 2020

PENGALAMAN KENDIRI MENELUSURI ILMU TENTANG MODUL PEMIMPIN BERWAWASAN

Saya percaya kepada pegangan pembelajaran sepanjang hayat. Bahawasanya setiap insan harus sentiasa belajar sehingga sampai waktu harus pulang ke negara abadi. Namun, belajar secara formal dan berjadual tidak pernah terfikir dalam  benak fikir saya  pada penghujung usia perkhidmatan  yang telah  saya rancang  bakal bernokhtah tidak lebih separuh dekad lagi. Namun,  sayapercaya dan yakin bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik. Oleh itu, saya  tempuh dan redah jalan ini atas niat menimba ilmu kerana Allah. Mudah-mudahan Allah reda dan perkenankan usaha saya  lalu diterima sebagai amal soleh buat diriku. Walau pembelajaran ini berlalu secara atas talian sepenuhnya, namun nilai ilmu yang dipelajari tetap tiada susut nilainya. Pada saya suatu yang sangat berharga kerana dapat saya aplikasikan dalam tugasan seharian saya sebagai seorang Penolong Kanan  di sekolah.   Objektif 1. mengenal pasti konsep pemimpin berwawasan 2.Mengaitkan  pemikiran strategik, perancangan strategik dan pemikir