Skip to main content

PENGALAMAN KENDIRI MENELUSURI ILMU TENTANG MODUL PEMIMPIN BERWAWASAN

Saya percaya kepada pegangan pembelajaran sepanjang hayat. Bahawasanya setiap insan harus sentiasa belajar sehingga sampai waktu harus pulang ke negara abadi.

Namun, belajar secara formal dan berjadual tidak pernah terfikir dalam  benak fikir saya  pada penghujung usia perkhidmatan  yang telah  saya rancang  bakal bernokhtah tidak lebih separuh dekad lagi.

Namun,  sayapercaya dan yakin bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik. Oleh itu, saya  tempuh dan redah jalan ini atas niat menimba ilmu kerana Allah. Mudah-mudahan Allah reda dan perkenankan usaha saya  lalu diterima sebagai amal soleh buat diriku.

Walau pembelajaran ini berlalu secara atas talian sepenuhnya, namun nilai ilmu yang dipelajari tetap tiada susut nilainya. Pada saya suatu yang sangat berharga kerana dapat saya aplikasikan dalam tugasan seharian saya sebagai seorang Penolong Kanan  di sekolah.

 Objektif

1. mengenal pasti konsep pemimpin berwawasan

2.Mengaitkan  pemikiran strategik, perancangan strategik dan pemikiran masa hadapan FSTP

3.Mengenal pasti kemahiran insaniah dan kemahiran teknik

4.Menterjemah kemahiran ini  dalam menyediakan pelan pembangunan sekolah dalam sesi bersemuka.

PENGENALAN

Pemimpin yang berwawasan  perlu mempunyai kompetensi pemikiran masa hadapan(future thingking dan scenario planning) supaya dapat mengubah situasi sedia ada kepada tahap yang cemerlang dan lestari serta melihat situasi tanpa bias.

Risiko perlu dilihat sebagai peluang dan berfikiran strategik dalam merancang dan melaksanakan intervensi.

pemimpin berwawasan perlu memiliki kemahiran insaniah dan teknikal.

Melaksanakan perancangan strategik berdasarkan suatu kerangka  yang merujuk kepada Dasar Hala tuju berasaskan Model KAPLAN


KEPIMPINAN STRATEGIK

Keupayaan seseorang untuk menjangka, membayangkan, mengekalkan fleksibiliti, berfikir secara strategik dan bekerja dengan orang lain untuk membawa perubahan yang akan mencipta masa depan yang berdaya maju untuk organisasi  (Irelend  & Hitt 1999)


KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS)

  • Berfikiran strategik- berfikir secara sistem untuk melukis rupa bentuk sasaran yang diinginkan melangkaui  pengalaman hari ini.
  • Proaktif  -merangka tindakan jauh lebih awal daripada jangkaan berlaku sesuatu perkara
  • berfokus kualiti -menekankan aspek kualiti dalam setiap peringkat tindakan untuk mencapai hala tuju


BERFIKIRAN STRATEGIK

  • Kebolehan meramal kehendak/ keperluan organisasi pada masa hadapan
  • Keupayaan melukis rupa bentuk sasaran masa depan yang diingini melangkau pengalaman hari ini.
  • Tempoh masa 5 tahun adalah minimum (Nolan et.al 2008)
  • Keupayaan membuat analisis sesuatu yang difikirkan dan dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan.
  • Pemikiran analitikal dan logik yg memanfaatkan  unsur taktikal dan strategik untuk mencapai matlamat.
  • Berfokus kepada dapatan dan menghasilkan peluang yang unik untuk menghasilkan nilai dengan membolehkan komunikasi kreatif di antara sesama individu untuk mengembangkan kebolehan mereka.
KEPENTINGAN PEMIKIRAN STRATEGIK
1. memudahkan perkara yang sukar
2.Memaksa anda bertanyakan soalan yang betul
3. Lebih fokus
4.Menyediakan kita kepada hari esok
5.mengurangkan margin kesilapan
6. Memberikan kita pengaruh terhadap orang lain.

KUALITI
Definisi pendekatan menyeluruh organisasi sejajar dengan kepuasan pelanggan, pihak  yang berkepentingan   dan perkhidmatan yang membawa kepada kesetiaan.

Fokus kepada kualiti bermaksud fokus kepada pelanggan. kita memenuhi ekspektasi pelanggan.

KERANGKA DASAR HALA TUJU
ADAPTASI DRPD MODEL KAPLAN (2010)
4 peringkat
1. membangunkan hala tuju
2. menterjemahkan hala tuju 
3.Mengoperasikan hala tuju
4.Pemantauan dan Penambahbaikan berterusan.

Setelah meneliti kerangka Dasar Hala tuju ini ternyata, Pelan Perancangan Strategik pembangunan sekolah sememangnya diadaptasi daripada Model KAPLAN...

Comments

Popular posts from this blog

GURU BAHASA MELAYU TERAKHIR

     Hari  ini terasa seperti berjuang sendirian.  Tiada siapa peduli. Ada aku kesah?  agaknya begitulah. kadang-kadang rasa  syok sendiri pun ada. Rasa bersalah kerana terasa bersikap prejudis pun ada, Entah yang mana satu pun tak ku tahu. Yang jelas medan rasa kurang enak itu memang telah hadir.      Begini ceritanya...aku melatih anak-anak didikku berforum. dengan bahasa indah, Bahasa santun ku ajarkan kepada mereka.   Laras bahasa ilmiah yang penuh keindahan berbahasa ku dedahkan kepada mereka. Mereka berlatih bersungguh. Menghafal skrip,  melatih diri menjawab soalan spontan dan memperbaiki sebutan baku.     Akhirnya mereka mencipta sejarah.  Piala Johan Daerah Pertandingan Forum Remaja menjadi milik mereka.  KISAS , pasukan yang tak pernah kecundang peringkat daerah tumpas di tangan  mereka. Lalu hari ini Puan pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang di tapak perhimpunan. Sungguh aku...

Kisah Guru Baharu

 Kisah Tahun 1995             Letih-letai hari itu. Mengajar kelas peralihan  yang sama,  Dua waktu untuk Bahasa Melayu dan dua waktu untuk Amalan Bahasa Melayu . Seramai 40 otrang pelajar . 90 peratus tidak memahami Bahasa Melayu. Boleh membaca tetapi tidak tahu makna. Nakalnya pula...Masya-Allah !     Sudah lama aku perhatikan anak murid aku yang seorang ini. Di dalam kelas dia tidur selalu. Bila ku kejutkan cara  lemah lembut dia buat muka tak tahu. Terpisat-pisat angkat muka, pandang mukaku sambil menggosok-gosok mata dan letak kepala semua di atas meja.  Begitulah berulang kali. Geram tidak terkata, aku hentak mejanya, tidaklah terlalu kuat tetapi cukup mengejutkannya.         Reaksinya di luar dugaan. Mungkin terkejut mimpi indahnya kugugat, dia jadi berang. Dengan wajah penuh amarah, dia mengangkat kerusi tinggi separas dadanya. Matanya tajam merenungku. Analisis mindaku dap...

MENCIPTA ALASAN DANGKAL

Saya sedang  berhadapan dengan manusia pencipta alasan dangkal untuk mengelak melunasi tanggungjawab yang dirasakan tidak memberikan manfaat buat dirinya. Apabila seorang guru yang rajin di mata Pengetua,  cekap menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Pengetua  tetapi mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan kerja yang dia tidak berurusan langsung dengan pengetua, maka  kita dengan jelas memahami isyarat yang diberikan. Bukan masalah memilih bulu tetapi masalah dia memandang kita bos kecil yang tidak ada makna  kepada dirinya. Saya terpegun apabila  guru ini mempertikaikan penulisan kerta kerja yang menyebut tugasnya  sebagai AJK buku Atur Cara dan Dokumentasi tidak sah kerana bahan yang patut diedarkan  semasa Majlis Pelancaran Bulan Akademik baru-baru ini(15/2/2016 ) ialah  brosur  atau pamplet. jadi, bukan bidang tugasnya dan dia tidak mahu melakukannya . Selanjutnya dia menyerahkan kepada AJK di bawahnya   dan langsung tida...