Skip to main content

CATATAN HARI PERTAMA ,KEMBALI KE SEKOLAH : SEGAR JIWA,BUGAR MIINDA




Saya ingin kembali ke sekolah dengan jiwa segar dan minda bugar. Biarpun, tidak seperti tahun-tahun terdahulu kerana cuti saya berlalu tanpa rehat secukup dan sepuasnya , saya masih berharap keceriaan jadi milik hakiki diri  saat melangkah  pada hari pertama sekolah dibuka. 

Harapan harus diiringi doa. Malam 4 Januari, saya sujud di kaki sejadah , penuh rindu, syahdu  dan sendu mohon kepada-Nya, yang maha mengasihi dan maha menyayangi, agar lagu jiwa lara berlalu daripada kamus hidup saya. 

Alhamdulillah, hari pertama berlalu indah dan meriah . Bibir mampu mengukir senyum , lidah juga mampu melafaz kata bermakna buat sahabat perjuangan dan  anak didik terkasih,
Alhamdulillah, besar nikmat dan rahmat daripada-Mu , ya Illahi, Ya Rabbi.      

Comments

Popular posts from this blog

ALANGKAH MAHALNYA HARGA SEHIRUP UDARA SEGAR! CUTI JEREBU, APAKAH IMPAKNYA?

 Alangkah indahnya alam! Alangkah damai jika sentiasa mendengar bunyi deruan air serentak dengan hirupan udara segar yang menyerap masuk oksigen ke otak dan menyegarkan seluruh tubuh.     Hari ini mentari tidak nampak bayangnya, Suasana suram. Indeks pencemar udara sudah sampai ke paras bahaya. Bagai  perintah berkurung, warga pendidik dan anak-anak didik berkubu di rumah. Aku menyahutnya dengan rasa berbelah bagi, Memang enak duduk di rumah  bersama-sama anak-anak. Tidak perlu terburu-buru, bangun awal, menyedakan kudapan pagi, menguruskan pakaian si kecil yang belum pandai mandiri dan akhirnya mengemas diri, menatarias wajah untuk persiapan mencari rezeki seharian dengan keyakinan diri  dan penampilan diri seorang pendidik.      Suka, suka, suka....itulah  hakikatnya saat menerima berita lewat media sosial, CUTI JEREBU TANPA GANTI. Bukankah dari sekian banyak berita, berita CUTI  menarik sekali,.  namun, agak penasara...

Kisah Guru Baharu

 Kisah Tahun 1995             Letih-letai hari itu. Mengajar kelas peralihan  yang sama,  Dua waktu untuk Bahasa Melayu dan dua waktu untuk Amalan Bahasa Melayu . Seramai 40 otrang pelajar . 90 peratus tidak memahami Bahasa Melayu. Boleh membaca tetapi tidak tahu makna. Nakalnya pula...Masya-Allah !     Sudah lama aku perhatikan anak murid aku yang seorang ini. Di dalam kelas dia tidur selalu. Bila ku kejutkan cara  lemah lembut dia buat muka tak tahu. Terpisat-pisat angkat muka, pandang mukaku sambil menggosok-gosok mata dan letak kepala semua di atas meja.  Begitulah berulang kali. Geram tidak terkata, aku hentak mejanya, tidaklah terlalu kuat tetapi cukup mengejutkannya.         Reaksinya di luar dugaan. Mungkin terkejut mimpi indahnya kugugat, dia jadi berang. Dengan wajah penuh amarah, dia mengangkat kerusi tinggi separas dadanya. Matanya tajam merenungku. Analisis mindaku dap...

MENCIPTA ALASAN DANGKAL

Saya sedang  berhadapan dengan manusia pencipta alasan dangkal untuk mengelak melunasi tanggungjawab yang dirasakan tidak memberikan manfaat buat dirinya. Apabila seorang guru yang rajin di mata Pengetua,  cekap menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Pengetua  tetapi mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan kerja yang dia tidak berurusan langsung dengan pengetua, maka  kita dengan jelas memahami isyarat yang diberikan. Bukan masalah memilih bulu tetapi masalah dia memandang kita bos kecil yang tidak ada makna  kepada dirinya. Saya terpegun apabila  guru ini mempertikaikan penulisan kerta kerja yang menyebut tugasnya  sebagai AJK buku Atur Cara dan Dokumentasi tidak sah kerana bahan yang patut diedarkan  semasa Majlis Pelancaran Bulan Akademik baru-baru ini(15/2/2016 ) ialah  brosur  atau pamplet. jadi, bukan bidang tugasnya dan dia tidak mahu melakukannya . Selanjutnya dia menyerahkan kepada AJK di bawahnya   dan langsung tida...