Skip to main content

ALANGKAH MAHALNYA HARGA SEHIRUP UDARA SEGAR! CUTI JEREBU, APAKAH IMPAKNYA?


 Alangkah indahnya alam! Alangkah damai jika sentiasa mendengar bunyi deruan air serentak dengan hirupan udara segar yang menyerap masuk oksigen ke otak dan menyegarkan seluruh tubuh.

    Hari ini mentari tidak nampak bayangnya, Suasana suram. Indeks pencemar udara sudah sampai ke paras bahaya. Bagai  perintah berkurung, warga pendidik dan anak-anak didik berkubu di rumah. Aku menyahutnya dengan rasa berbelah bagi, Memang enak duduk di rumah  bersama-sama anak-anak. Tidak perlu terburu-buru, bangun awal, menyedakan kudapan pagi, menguruskan pakaian si kecil yang belum pandai mandiri dan akhirnya mengemas diri, menatarias wajah untuk persiapan mencari rezeki seharian dengan keyakinan diri  dan penampilan diri seorang pendidik.

     Suka, suka, suka....itulah  hakikatnya saat menerima berita lewat media sosial, CUTI JEREBU TANPA GANTI. Bukankah dari sekian banyak berita, berita CUTI  menarik sekali,.  namun, agak penasaran dan kurang senang mengingati sekian banyak rancangan dan agenda sudah disusun secantiknya menjelang hari-hari peperiksaan.      Pejam celik tinggal 10 hari peperiksaan PT3 dan sebulan sahaja peperiksaan SPM.  Terasa masih amat kurang persiapan menghadapi detik-detik mencabar itu. Itulah delima yang dihadapi oleh sekian banyak guru Malaysia yang sangat prihatin dan cakna dengan kejayaan anak-anak didik.

    Hari ini kita terpaksa membayar kos yang tinggi untuk menghirup udara segar. Atas nama pembangunan , kita kesampingkan kelestarian alam sekitar. Kita alpa dan bersikap masabodoh.  kita memperjudikan masa depan dan nyawa anak-anak kita. Gagalnya kita mengekalkan keseimbangan antara tuntutan material dengan melaksakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka buni ini menatijahkan kemusnahan yang bakal merobek kesejahteraan manusia sejagat.





Comments

Popular posts from this blog

GURU BAHASA MELAYU TERAKHIR

     Hari  ini terasa seperti berjuang sendirian.  Tiada siapa peduli. Ada aku kesah?  agaknya begitulah. kadang-kadang rasa  syok sendiri pun ada. Rasa bersalah kerana terasa bersikap prejudis pun ada, Entah yang mana satu pun tak ku tahu. Yang jelas medan rasa kurang enak itu memang telah hadir.      Begini ceritanya...aku melatih anak-anak didikku berforum. dengan bahasa indah, Bahasa santun ku ajarkan kepada mereka.   Laras bahasa ilmiah yang penuh keindahan berbahasa ku dedahkan kepada mereka. Mereka berlatih bersungguh. Menghafal skrip,  melatih diri menjawab soalan spontan dan memperbaiki sebutan baku.     Akhirnya mereka mencipta sejarah.  Piala Johan Daerah Pertandingan Forum Remaja menjadi milik mereka.  KISAS , pasukan yang tak pernah kecundang peringkat daerah tumpas di tangan  mereka. Lalu hari ini Puan pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang di tapak perhimpunan. Sungguh aku...

Kisah Guru Baharu

 Kisah Tahun 1995             Letih-letai hari itu. Mengajar kelas peralihan  yang sama,  Dua waktu untuk Bahasa Melayu dan dua waktu untuk Amalan Bahasa Melayu . Seramai 40 otrang pelajar . 90 peratus tidak memahami Bahasa Melayu. Boleh membaca tetapi tidak tahu makna. Nakalnya pula...Masya-Allah !     Sudah lama aku perhatikan anak murid aku yang seorang ini. Di dalam kelas dia tidur selalu. Bila ku kejutkan cara  lemah lembut dia buat muka tak tahu. Terpisat-pisat angkat muka, pandang mukaku sambil menggosok-gosok mata dan letak kepala semua di atas meja.  Begitulah berulang kali. Geram tidak terkata, aku hentak mejanya, tidaklah terlalu kuat tetapi cukup mengejutkannya.         Reaksinya di luar dugaan. Mungkin terkejut mimpi indahnya kugugat, dia jadi berang. Dengan wajah penuh amarah, dia mengangkat kerusi tinggi separas dadanya. Matanya tajam merenungku. Analisis mindaku dap...

MENCIPTA ALASAN DANGKAL

Saya sedang  berhadapan dengan manusia pencipta alasan dangkal untuk mengelak melunasi tanggungjawab yang dirasakan tidak memberikan manfaat buat dirinya. Apabila seorang guru yang rajin di mata Pengetua,  cekap menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Pengetua  tetapi mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan kerja yang dia tidak berurusan langsung dengan pengetua, maka  kita dengan jelas memahami isyarat yang diberikan. Bukan masalah memilih bulu tetapi masalah dia memandang kita bos kecil yang tidak ada makna  kepada dirinya. Saya terpegun apabila  guru ini mempertikaikan penulisan kerta kerja yang menyebut tugasnya  sebagai AJK buku Atur Cara dan Dokumentasi tidak sah kerana bahan yang patut diedarkan  semasa Majlis Pelancaran Bulan Akademik baru-baru ini(15/2/2016 ) ialah  brosur  atau pamplet. jadi, bukan bidang tugasnya dan dia tidak mahu melakukannya . Selanjutnya dia menyerahkan kepada AJK di bawahnya   dan langsung tida...