
Baki cuti penghujung tahun 2015 diisi dengan musyawarah. Tempoh liburan sudah tamat. Maka, kembali kita ke sekolah dengan debaran. Tugas apakah yang menanti? Cabaran apakah yang bakal mendatang ? Beratkah ? ringankah tugas yang bakal digalas ? Seribu rasa yang menghantui jiwa kadang-kadang mengundang penasaran yang tak bertepi.
Mengimbau kenangan Penghujung Disember 2014, ketika genap setahun bertugas di tempat baru terkejut dan bungkam membisu seketika menatap belasan tugas yang perlu digalas, Berkecamuk Fikiran saat itu. Jiwa yang kerdil mengasak akal menganalisis dan mena'akul minda. Isyarat daripada jiwa kacau dan dada sarat emosi menghasilkan rasa cemas dan tidak puas hati.
Sesungguhnya yang jauh itu ialah masa lalu. Saya akur akhirnya bahawa perancangan Allah itu sangat indah. Pengakhiran yang saya jangka nyata tersasar. penghujung 2015, Saya masih di sini. Tanggungjawab lebih berat namun situasinya berbeza. Berada bersama barisan pentadbir menggembleng buah fikiran dan tenaga mencari solusi ke arah kesejahteraan dan kemakmuran sekolah nyata lebih baik buat saya daripada bekerja menjadi ejen pelaksana bersama kelompok guru yang sarat dengan pelbagai ragam . Alhamdulillah, syukur keadrat-Mu Ya Rabb. sesungguhnya hanya Allah tahu apa-apa yang terbaik buat kita,
Comments
Post a Comment