Skip to main content

CATATAN CUTI HUJUNG TAHUN 2015-KERJA BUAT KITA YANG TIADA SIAPA TAHU

      Hari-hari liburan telah berlalu. Cuti yang tersisa di penghujung Disember diisi  dengan  sesi musyawarah, Sang ketua  harus siap siaga menghadapi hari pertama bertemu para anak buah yang penasaran ingin tahu tugas tahun mendatang. Folder pengurusan menjadi milik setiap guru.

     Tahun ini, sebagai ahli pentadbiran yang paling baharu dalam Grup 10 Pentadbir , saya mendapat tugasan agak berat iaitu menguruskan Pembikinan Folder Pengurusan Tahun 2016. Cuti Hujung tahun saya  rabak kerana tiga minggu pertama diisi dengan jadual padat menyiapkan takwim,  menyunting bahan-bahan daripada Guru-guru Penolong  Kanan. Kebetulan  guru yang menjadi setiausaha saya sedang menjalani rawatan IVF. saya harus bertimbang rasa meminimumkan kerja beliau yang bermakna saya harus melakukan banyak perkara sendirian tanpa bantuan beliau

Saya kongsi proses kerja Folder Pengurusan di sini: 

PROSES KERJA  FOLDER PENGURUSAN TAHUN 2016
BIL
Tarikh
Proses Kerja
TINDAKAN

1.
23-24/11/2015

Ø  Penyuntingan Takwim Induk dan Takwim Setiap Bahagian/ Guru bertugas/Guru Penyayang
Ø  Semua SU Bahagian
Ø  Pn Zakiah,Pn Nora’la, Pn Atifah, Cik Nazirah, Pn Nor Fatihah, Pn Zaleha dan Pn Hanafisah
2.
25/11/2015
Ø  Pembentangan    Agihan Tugas Guru

Ø  Semua Pentadbir
3
26/11/2015
Ø  Pemurniaan Agihan Tugas Guru

Ø  Semua  Penolong  Kanan
4
27/11/2015
Ø  Penghantaran bahan bercetak kepada SU
Ø  Penghantaran Reso sebahagian  bahan  bercetak
Ø  Semua  Penolong  Kanan , Guru Kanan , SU Buku Pengurusan  dan SU Bahagian
5
30/11/2015
§  Semakan dan penentuan bahan bermuka surat
§  Cetakan nombor  muka  surat
Ø  SU BP- Pn Norani
Ø  Penolong SU BP- Pn Hjh Masitah, Pn Zakiah
6
1/12/2015
§  Penyusunan semua  bahan  bercetak
§  Penghantaran bahan untuk direso

Ø  SU BP- Pn Norani
Ø  Penolong SU BP- Pn Hjh. Masitah.
7
2/12/2015
§  Senarai semak keperluan bahan untuk pengisian folder
§  Bag, folder, puncture
Ø  Penyelaras  Pengisian Folder pengurusan
               Encik Nizam
Ø  SU Folder Pengurusan
               Pn Yap Hooi  Keun
8
7/12/2015
§  Proses  mengisi   Folder  Pengurusan
Ø  Pn Umi  Kalsom (Pentadbir Bertugas)
Ø  Pn Norani
Ø  Encik Nizam
Ø  Pn Yap Hooi keun
Ø  Guru seperti dalam jadual Agihan tugas
9
8/12/2015
§  Proses mengisi folder  Pengurusan
Ø  Encik Nizam(Pentadbir Bertugas)
Ø  Puan  Zamizah
Ø  Guru seperti dalam jadual Agihan tugas
 1o
9/12/2015
§  Proses mengisi  folder  Pengurusan
§  Encik Nizam (pentadbir bertugas)
§  Puan  Norani
§  Guru seperti  dalam jadual Agihan tugas
11
10/12/2015
§  Proses  mengisi  folder  Pengurusan
§  Pn Hjh Masitah (pentadbir  bertugas
§  Pn Yap Hooi Keun
§  Guru  seperti  dalam Jadual Agihan tugas


    Sebagai mana yang dijadualkan minggu ketiga, pengisian  Folder Pengurusan ini siap sepenuhnya.. Alhamdulillah. Hasil kerjasama semua AJK,   akhirnya pada 28 Disember Folder ini berpindah tangan, menjadi milik peribadi para guru yang akan menjadi rujukan dalam melaksanakan tugas sepanjang Tahun2016.




Comments

Popular posts from this blog

GURU BAHASA MELAYU TERAKHIR

     Hari  ini terasa seperti berjuang sendirian.  Tiada siapa peduli. Ada aku kesah?  agaknya begitulah. kadang-kadang rasa  syok sendiri pun ada. Rasa bersalah kerana terasa bersikap prejudis pun ada, Entah yang mana satu pun tak ku tahu. Yang jelas medan rasa kurang enak itu memang telah hadir.      Begini ceritanya...aku melatih anak-anak didikku berforum. dengan bahasa indah, Bahasa santun ku ajarkan kepada mereka.   Laras bahasa ilmiah yang penuh keindahan berbahasa ku dedahkan kepada mereka. Mereka berlatih bersungguh. Menghafal skrip,  melatih diri menjawab soalan spontan dan memperbaiki sebutan baku.     Akhirnya mereka mencipta sejarah.  Piala Johan Daerah Pertandingan Forum Remaja menjadi milik mereka.  KISAS , pasukan yang tak pernah kecundang peringkat daerah tumpas di tangan  mereka. Lalu hari ini Puan pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang di tapak perhimpunan. Sungguh aku...

Kisah Guru Baharu

 Kisah Tahun 1995             Letih-letai hari itu. Mengajar kelas peralihan  yang sama,  Dua waktu untuk Bahasa Melayu dan dua waktu untuk Amalan Bahasa Melayu . Seramai 40 otrang pelajar . 90 peratus tidak memahami Bahasa Melayu. Boleh membaca tetapi tidak tahu makna. Nakalnya pula...Masya-Allah !     Sudah lama aku perhatikan anak murid aku yang seorang ini. Di dalam kelas dia tidur selalu. Bila ku kejutkan cara  lemah lembut dia buat muka tak tahu. Terpisat-pisat angkat muka, pandang mukaku sambil menggosok-gosok mata dan letak kepala semua di atas meja.  Begitulah berulang kali. Geram tidak terkata, aku hentak mejanya, tidaklah terlalu kuat tetapi cukup mengejutkannya.         Reaksinya di luar dugaan. Mungkin terkejut mimpi indahnya kugugat, dia jadi berang. Dengan wajah penuh amarah, dia mengangkat kerusi tinggi separas dadanya. Matanya tajam merenungku. Analisis mindaku dap...

MENCIPTA ALASAN DANGKAL

Saya sedang  berhadapan dengan manusia pencipta alasan dangkal untuk mengelak melunasi tanggungjawab yang dirasakan tidak memberikan manfaat buat dirinya. Apabila seorang guru yang rajin di mata Pengetua,  cekap menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Pengetua  tetapi mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan kerja yang dia tidak berurusan langsung dengan pengetua, maka  kita dengan jelas memahami isyarat yang diberikan. Bukan masalah memilih bulu tetapi masalah dia memandang kita bos kecil yang tidak ada makna  kepada dirinya. Saya terpegun apabila  guru ini mempertikaikan penulisan kerta kerja yang menyebut tugasnya  sebagai AJK buku Atur Cara dan Dokumentasi tidak sah kerana bahan yang patut diedarkan  semasa Majlis Pelancaran Bulan Akademik baru-baru ini(15/2/2016 ) ialah  brosur  atau pamplet. jadi, bukan bidang tugasnya dan dia tidak mahu melakukannya . Selanjutnya dia menyerahkan kepada AJK di bawahnya   dan langsung tida...