Skip to main content

WAHAI CIKGU, JANGAN LEKAMU MEMBAWA PETAKA



Tragedi yang  menimpa murid  tingkatan 3 Sekolah Menengah Presint 9 pada 29 ogos yang lepas wajar jadi iktibar buat semua warga pendidik dan anak-anak didik. Kejadian murid jatuh bangunan kerana hasrat ingin membantu kawan yang begnya dicampak ke koridor oleh kawan lain merupakan tragedi buat waga sekolah dan keluarganya  Bukan ingin menuding jari  kepada cikgu-cikgu,cuma berharap cikgu-cikgu akan lebih berhati-hati. jangan sesekali tinggalkan murid di dalam kelas tanpa pengawasan . Murid-murid pula janganlah bergurau berlebihan, Silap aksi, rakan sendiri ditimpa petaka.
Al  fatihah  buat arwah Azim . Marilah kita bersama-sama mendoakan  agar ibunya tabah menghadapi dugaan ini. seterusnya, semoga pihak sekolah dapat menyelesaikan


Comments

Popular posts from this blog

GURU BAHASA MELAYU TERAKHIR

     Hari  ini terasa seperti berjuang sendirian.  Tiada siapa peduli. Ada aku kesah?  agaknya begitulah. kadang-kadang rasa  syok sendiri pun ada. Rasa bersalah kerana terasa bersikap prejudis pun ada, Entah yang mana satu pun tak ku tahu. Yang jelas medan rasa kurang enak itu memang telah hadir.      Begini ceritanya...aku melatih anak-anak didikku berforum. dengan bahasa indah, Bahasa santun ku ajarkan kepada mereka.   Laras bahasa ilmiah yang penuh keindahan berbahasa ku dedahkan kepada mereka. Mereka berlatih bersungguh. Menghafal skrip,  melatih diri menjawab soalan spontan dan memperbaiki sebutan baku.     Akhirnya mereka mencipta sejarah.  Piala Johan Daerah Pertandingan Forum Remaja menjadi milik mereka.  KISAS , pasukan yang tak pernah kecundang peringkat daerah tumpas di tangan  mereka. Lalu hari ini Puan pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang di tapak perhimpunan. Sungguh aku...

Kisah Guru Baharu

 Kisah Tahun 1995             Letih-letai hari itu. Mengajar kelas peralihan  yang sama,  Dua waktu untuk Bahasa Melayu dan dua waktu untuk Amalan Bahasa Melayu . Seramai 40 otrang pelajar . 90 peratus tidak memahami Bahasa Melayu. Boleh membaca tetapi tidak tahu makna. Nakalnya pula...Masya-Allah !     Sudah lama aku perhatikan anak murid aku yang seorang ini. Di dalam kelas dia tidur selalu. Bila ku kejutkan cara  lemah lembut dia buat muka tak tahu. Terpisat-pisat angkat muka, pandang mukaku sambil menggosok-gosok mata dan letak kepala semua di atas meja.  Begitulah berulang kali. Geram tidak terkata, aku hentak mejanya, tidaklah terlalu kuat tetapi cukup mengejutkannya.         Reaksinya di luar dugaan. Mungkin terkejut mimpi indahnya kugugat, dia jadi berang. Dengan wajah penuh amarah, dia mengangkat kerusi tinggi separas dadanya. Matanya tajam merenungku. Analisis mindaku dap...

MENCIPTA ALASAN DANGKAL

Saya sedang  berhadapan dengan manusia pencipta alasan dangkal untuk mengelak melunasi tanggungjawab yang dirasakan tidak memberikan manfaat buat dirinya. Apabila seorang guru yang rajin di mata Pengetua,  cekap menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Pengetua  tetapi mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan kerja yang dia tidak berurusan langsung dengan pengetua, maka  kita dengan jelas memahami isyarat yang diberikan. Bukan masalah memilih bulu tetapi masalah dia memandang kita bos kecil yang tidak ada makna  kepada dirinya. Saya terpegun apabila  guru ini mempertikaikan penulisan kerta kerja yang menyebut tugasnya  sebagai AJK buku Atur Cara dan Dokumentasi tidak sah kerana bahan yang patut diedarkan  semasa Majlis Pelancaran Bulan Akademik baru-baru ini(15/2/2016 ) ialah  brosur  atau pamplet. jadi, bukan bidang tugasnya dan dia tidak mahu melakukannya . Selanjutnya dia menyerahkan kepada AJK di bawahnya   dan langsung tida...