Skip to main content

CUTI JEREBU DAN SEKIAN BANYAK KATA NISTA BUAT GURU

Realiti guru hari ini....terimalah dengan selapang dada dan seluas jiwa. Transformasi menuntut kita jadi insan berjati diri menghadapi realiti. Jangan gundah sahabat-sahabat guru. Ibarat anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh. Hati jangan goyah , pasrah dan reda sahaja kerana bicara nista mereka , lubuk pahla buat kita.
Cuti Jerebu mengundang tohmahan. Media bersungguh-sungguh mempamerkan perasaan tidak puas hati segelintir insan yang kononnya berasa terbeban menjaga anak-anak yang tidak bersekolah. Tahap pendidikan guru-guru dipertikaikan. Terserlah kini stigma pemikiran masyarakat, Rupa-rupanya guru dianggap tidak lebih daripada pengasuh anak-anak,lalu mengundang sekian banyak kemarahan daripada warga pendidik.
cikgu mengada2.. kami pun ada paru2!
kata korang..
ckgu mengada2.. cuti banyak pun ngada lagi..
tapi pernah kau tahu saat anak2 kau cuti sekolah, ckgu2 tu pergi sekolah mcm biasa dan selesaikan segala2 kerja2, report2 dan result2 anak kau?
kata korang..
ckgu kerja senang..
tapi pernah kau tau, ckgu punch card ja 7.30 pagi, terus lansung tak berhenti. habis mengajar di blok A, berkejar ke blok C, anak kau tggu je dalam kelas goyang kaki. saat kerja2 dlm kelas pun tak menang tangan, kementerian bagi pula kerja2 pejabat. kau pernah tnya?
kata korang..
apa susahnya layan budak2 je pun..
kau pernah tnya saat kau kerja dlm ofis aircond, smbil ada masa main fb. ckgu2 tu tgh panas ngn budak2 buat line padang. kau ada saat bdk2 kita bergaduh smpai baling2 kerusi dan koyak2 tudung?
berapa tahun kau kerja ofis, berapa kali kereta kau kena calar? berapa kali tayar kau kena pancit?
kata korang..
sabtu ahad pun cuti. ngada2..
kau datanglah sekolah hari sabtu ahad. dan kau tengok sndiri. ya, kalau kau kerja sabtu claim OT. kerja ahad OT triple. ckgu sabtu ahad? NOTHING. dia bising ke kau dpt OT?
kata korang..
ckgu balik pkul 2 petang.
kau hidup zaman bila ni?
kau dtg lah pukul 6ptg pun kereta mereka masih dsitu. dan mcm biasa, itu BUKAN O.T
kau kerja pejabat.
engineer, doktor.. satu hari kalau bos kau suruh kau masak. kau rasa kau buat?
come on. engineer kot.
tapi kau pergi sekolah.. ckgu tu la yang ajar jadi dewasa, dan ckgu yg sama, yang jdi budak2 bodohkan diri dia utk buat anak2 kau gelak. ckgu yang kaki bangku tu lah yg usung anak kau serata daerah lawan bola. ckgu yang ngada lebih tu la kejap baju kemeja, kejap baju pengakap, kejap baju PJ lambang sekolah. kau ada tanya perasaan dia?
hari ni sebab jerebu sehari dua kau katakan ckgu ini hina. kerna rezeki dia cuti dan kau takda.
kenapa hati kau busuk sangat? saat anak2 kau ada masalah, dia cari ckgu dia. dia x cari kau. and then u still claim ckgu as "hina"? thankz Malaysian. seriously Thanks..
20 people like this.
Comments
Ika Chika Mohon nk share bley x.?

Comments

Popular posts from this blog

GURU BAHASA MELAYU TERAKHIR

     Hari  ini terasa seperti berjuang sendirian.  Tiada siapa peduli. Ada aku kesah?  agaknya begitulah. kadang-kadang rasa  syok sendiri pun ada. Rasa bersalah kerana terasa bersikap prejudis pun ada, Entah yang mana satu pun tak ku tahu. Yang jelas medan rasa kurang enak itu memang telah hadir.      Begini ceritanya...aku melatih anak-anak didikku berforum. dengan bahasa indah, Bahasa santun ku ajarkan kepada mereka.   Laras bahasa ilmiah yang penuh keindahan berbahasa ku dedahkan kepada mereka. Mereka berlatih bersungguh. Menghafal skrip,  melatih diri menjawab soalan spontan dan memperbaiki sebutan baku.     Akhirnya mereka mencipta sejarah.  Piala Johan Daerah Pertandingan Forum Remaja menjadi milik mereka.  KISAS , pasukan yang tak pernah kecundang peringkat daerah tumpas di tangan  mereka. Lalu hari ini Puan pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang di tapak perhimpunan. Sungguh aku...

Kisah Guru Baharu

 Kisah Tahun 1995             Letih-letai hari itu. Mengajar kelas peralihan  yang sama,  Dua waktu untuk Bahasa Melayu dan dua waktu untuk Amalan Bahasa Melayu . Seramai 40 otrang pelajar . 90 peratus tidak memahami Bahasa Melayu. Boleh membaca tetapi tidak tahu makna. Nakalnya pula...Masya-Allah !     Sudah lama aku perhatikan anak murid aku yang seorang ini. Di dalam kelas dia tidur selalu. Bila ku kejutkan cara  lemah lembut dia buat muka tak tahu. Terpisat-pisat angkat muka, pandang mukaku sambil menggosok-gosok mata dan letak kepala semua di atas meja.  Begitulah berulang kali. Geram tidak terkata, aku hentak mejanya, tidaklah terlalu kuat tetapi cukup mengejutkannya.         Reaksinya di luar dugaan. Mungkin terkejut mimpi indahnya kugugat, dia jadi berang. Dengan wajah penuh amarah, dia mengangkat kerusi tinggi separas dadanya. Matanya tajam merenungku. Analisis mindaku dap...

MENCIPTA ALASAN DANGKAL

Saya sedang  berhadapan dengan manusia pencipta alasan dangkal untuk mengelak melunasi tanggungjawab yang dirasakan tidak memberikan manfaat buat dirinya. Apabila seorang guru yang rajin di mata Pengetua,  cekap menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Pengetua  tetapi mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan kerja yang dia tidak berurusan langsung dengan pengetua, maka  kita dengan jelas memahami isyarat yang diberikan. Bukan masalah memilih bulu tetapi masalah dia memandang kita bos kecil yang tidak ada makna  kepada dirinya. Saya terpegun apabila  guru ini mempertikaikan penulisan kerta kerja yang menyebut tugasnya  sebagai AJK buku Atur Cara dan Dokumentasi tidak sah kerana bahan yang patut diedarkan  semasa Majlis Pelancaran Bulan Akademik baru-baru ini(15/2/2016 ) ialah  brosur  atau pamplet. jadi, bukan bidang tugasnya dan dia tidak mahu melakukannya . Selanjutnya dia menyerahkan kepada AJK di bawahnya   dan langsung tida...