Skip to main content

DIARI - HATI SENDU SEORANG GURU 1- Imbas kembali November 2016


Image result for ilustrasi hati luka

Wahai rakan sejawatanku... suatu  hari kau akan membaca coretanku....

Sungguh saya tak mampu menanggung sendu berhadapan insan yang satu ini.
Insan yang  mahu segalanya sempurna, tanpa cacat cela
Image result for ilustrasi hati lukasedangkan saya insan lemah  dengan kudrat diri tak seberapa.
tergugah dengan kekangan masa
terjepit antara waktu melunaskan kerjaya  dengan waktu bersama yang tercinta
rasanya sudah berbuat sehabis baik, memerah segenap idea, mengikut bingkai waktu yang diminta
Namun dia tetap tidak berpuas hati dengan saya
Astagfirullahalazim
apakah mahunya juga saya tidak tahu
kadang-kadang terasa apa yang diusahakan hanya untuk tatapan sementara
bukanlah suatu yang mandatori dan muktamad diperhalusi
namun olah mengerjakannya seolah-olah  antara hidup dan mati

Ya Allah, berikanlah saya kekuatan
menghadapi manusia yang jiwanya sangat kekar, yang hatinya juga sudah tegar

Jika saya boleh lari, ingin saja  saya lari sejauh yang mungkin.  tanpa  mahu ambil peduli dan ambil tahu apa-apa lagi
Namun, jauh dalam diri ada sifat suci yang membisiki supaya saya menyelesaikannya dengan penuh kesabaran.

Akhirnya selesai juga tugasan yang dibuat dengan seliruh jiwa raganya. Namun, sebagaimana yang dijangka, selagi kita bergelar manusia, silap dan salah pasti ada,


Comments

Popular posts from this blog

GURU BAHASA MELAYU TERAKHIR

     Hari  ini terasa seperti berjuang sendirian.  Tiada siapa peduli. Ada aku kesah?  agaknya begitulah. kadang-kadang rasa  syok sendiri pun ada. Rasa bersalah kerana terasa bersikap prejudis pun ada, Entah yang mana satu pun tak ku tahu. Yang jelas medan rasa kurang enak itu memang telah hadir.      Begini ceritanya...aku melatih anak-anak didikku berforum. dengan bahasa indah, Bahasa santun ku ajarkan kepada mereka.   Laras bahasa ilmiah yang penuh keindahan berbahasa ku dedahkan kepada mereka. Mereka berlatih bersungguh. Menghafal skrip,  melatih diri menjawab soalan spontan dan memperbaiki sebutan baku.     Akhirnya mereka mencipta sejarah.  Piala Johan Daerah Pertandingan Forum Remaja menjadi milik mereka.  KISAS , pasukan yang tak pernah kecundang peringkat daerah tumpas di tangan  mereka. Lalu hari ini Puan pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang di tapak perhimpunan. Sungguh aku...

Kisah Guru Baharu

 Kisah Tahun 1995             Letih-letai hari itu. Mengajar kelas peralihan  yang sama,  Dua waktu untuk Bahasa Melayu dan dua waktu untuk Amalan Bahasa Melayu . Seramai 40 otrang pelajar . 90 peratus tidak memahami Bahasa Melayu. Boleh membaca tetapi tidak tahu makna. Nakalnya pula...Masya-Allah !     Sudah lama aku perhatikan anak murid aku yang seorang ini. Di dalam kelas dia tidur selalu. Bila ku kejutkan cara  lemah lembut dia buat muka tak tahu. Terpisat-pisat angkat muka, pandang mukaku sambil menggosok-gosok mata dan letak kepala semua di atas meja.  Begitulah berulang kali. Geram tidak terkata, aku hentak mejanya, tidaklah terlalu kuat tetapi cukup mengejutkannya.         Reaksinya di luar dugaan. Mungkin terkejut mimpi indahnya kugugat, dia jadi berang. Dengan wajah penuh amarah, dia mengangkat kerusi tinggi separas dadanya. Matanya tajam merenungku. Analisis mindaku dap...

MENCIPTA ALASAN DANGKAL

Saya sedang  berhadapan dengan manusia pencipta alasan dangkal untuk mengelak melunasi tanggungjawab yang dirasakan tidak memberikan manfaat buat dirinya. Apabila seorang guru yang rajin di mata Pengetua,  cekap menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Pengetua  tetapi mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan kerja yang dia tidak berurusan langsung dengan pengetua, maka  kita dengan jelas memahami isyarat yang diberikan. Bukan masalah memilih bulu tetapi masalah dia memandang kita bos kecil yang tidak ada makna  kepada dirinya. Saya terpegun apabila  guru ini mempertikaikan penulisan kerta kerja yang menyebut tugasnya  sebagai AJK buku Atur Cara dan Dokumentasi tidak sah kerana bahan yang patut diedarkan  semasa Majlis Pelancaran Bulan Akademik baru-baru ini(15/2/2016 ) ialah  brosur  atau pamplet. jadi, bukan bidang tugasnya dan dia tidak mahu melakukannya . Selanjutnya dia menyerahkan kepada AJK di bawahnya   dan langsung tida...