Skip to main content

Posts

Recent posts

DIARI - HATI SENDU SEORANG GURU 1- Imbas kembali November 2016

Wahai rakan sejawatanku... suatu  hari kau akan membaca coretanku.... Sungguh saya tak mampu menanggung sendu berhadapan insan yang satu ini. Insan yang  mahu segalanya sempurna, tanpa cacat cela sedangkan saya insan lemah  dengan kudrat diri tak seberapa. tergugah dengan kekangan masa terjepit antara waktu melunaskan kerjaya  dengan waktu bersama yang tercinta rasanya sudah berbuat sehabis baik, memerah segenap idea, mengikut bingkai waktu yang diminta Namun dia tetap tidak berpuas hati dengan saya Astagfirullahalazim apakah mahunya juga saya tidak tahu kadang-kadang terasa apa yang diusahakan hanya untuk tatapan sementara bukanlah suatu yang mandatori dan muktamad diperhalusi namun olah mengerjakannya seolah-olah  antara hidup dan mati Ya Allah, berikanlah saya kekuatan menghadapi manusia yang jiwanya sangat kekar, yang hatinya juga sudah tegar Jika saya boleh lari, ingin saja  saya lari sejauh yang mungkin.  tanpa  mahu ambil peduli dan ambil tahu apa-apa lagi

WAHAI CIKGU, JANGAN LEKAMU MEMBAWA PETAKA

Tragedi yang  menimpa murid  tingkatan 3 Sekolah Menengah Presint 9 pada 29 ogos yang lepas wajar jadi iktibar buat semua warga pendidik dan anak-anak didik. Kejadian murid jatuh bangunan kerana hasrat ingin membantu kawan yang begnya dicampak ke koridor oleh kawan lain merupakan tragedi buat waga sekolah dan keluarganya  Bukan ingin menuding jari  kepada cikgu-cikgu,cuma berharap cikgu-cikgu akan lebih berhati-hati. jangan sesekali tinggalkan murid di dalam kelas tanpa pengawasan . Murid-murid pula janganlah bergurau berlebihan, Silap aksi, rakan sendiri ditimpa petaka. Al  fatihah  buat arwah Azim . Marilah kita bersama-sama mendoakan  agar ibunya tabah menghadapi dugaan ini. seterusnya, semoga pihak sekolah dapat menyelesaikan

NOSTALGIA MENYAMBUT HARI GURU

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA MAMPUKAH SAYA? SAYA HANYA GURU KERDIL.. PADA SAAT, SEMUA RAKAN GURU MEMUAT NAIK  FOTO-FOTO SAMBUTAN, JUSTERU, SAYA LEBIH GHAIRAH  MENGEMAS KINI BLOG-BLOG SAYA WALAUPUN  ENTRI BLOG INI  MUNGKIN TAK DIBACA SESIAPAPUN.. SAMBUTAN  HARI GURU BUKAN PADA 16 MEI?      B eberapa tahun belakangan ini , Detik 16 MEI tidak disambut secara total sebagai Hari Guru. Sambutan pada hari itu lazimnya ialah sambutan rasmi dengan Bacaan Perutusan Hari Guru daripada Menteri pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Fenomena ini sering tak mampu dielakkan kerana pada tarikh tersebut murid-murid sedang bergelut meluahkan buah fikir pada  kertas peperiksaan dan guru-guru juga sedang begitu sibuk memamah dan menelusuri setiap inci skrip jawapn murid-murid. Kedengaran juga rungutan daripada para guru bahawa sambutan di luar detik waktu 16 Mei terasa hambar dan kurang bermakna walau bagaimanapun indah pengisiannya.  Bagi saya, apa-apa sahaja 'boleh'. Saya su

MENCIPTA ALASAN DANGKAL

Saya sedang  berhadapan dengan manusia pencipta alasan dangkal untuk mengelak melunasi tanggungjawab yang dirasakan tidak memberikan manfaat buat dirinya. Apabila seorang guru yang rajin di mata Pengetua,  cekap menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Pengetua  tetapi mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan kerja yang dia tidak berurusan langsung dengan pengetua, maka  kita dengan jelas memahami isyarat yang diberikan. Bukan masalah memilih bulu tetapi masalah dia memandang kita bos kecil yang tidak ada makna  kepada dirinya. Saya terpegun apabila  guru ini mempertikaikan penulisan kerta kerja yang menyebut tugasnya  sebagai AJK buku Atur Cara dan Dokumentasi tidak sah kerana bahan yang patut diedarkan  semasa Majlis Pelancaran Bulan Akademik baru-baru ini(15/2/2016 ) ialah  brosur  atau pamplet. jadi, bukan bidang tugasnya dan dia tidak mahu melakukannya . Selanjutnya dia menyerahkan kepada AJK di bawahnya   dan langsung tidak mengambil tahu tugas itu. Bercuti seenaknya tanpa me

CATATAN CUTI HUJUNG TAHUN 2015-KERJA BUAT KITA YANG TIADA SIAPA TAHU

      Hari-hari liburan telah berlalu. Cuti yang tersisa di penghujung Disember diisi  dengan  sesi musyawarah, Sang ketua  harus siap siaga menghadapi hari pertama bertemu para anak buah yang penasaran ingin tahu tugas tahun mendatang. Folder pengurusan menjadi milik setiap guru.      Tahun ini, sebagai ahli pentadbiran yang paling baharu dalam Grup 10 Pentadbir , saya mendapat tugasan agak berat iaitu menguruskan Pembikinan Folder Pengurusan Tahun 2016. Cuti Hujung tahun saya  rabak kerana tiga minggu pertama diisi dengan jadual padat menyiapkan takwim,  menyunting bahan-bahan daripada Guru-guru Penolong  Kanan. Kebetulan  guru yang menjadi setiausaha saya sedang menjalani rawatan IVF. saya harus bertimbang rasa meminimumkan kerja beliau yang bermakna saya harus melakukan banyak perkara sendirian tanpa bantuan beliau Saya kongsi proses kerja Folder Pengurusan di sini:  PROSES KERJA  FOLDER PENGURUSAN TAHUN 2016 BIL Tarikh Proses Kerja TINDAKAN