Skip to main content

Posts

TRADISI MUSYAWARAH DALAM DUNIA PENDIDKAN

Baki cuti penghujung tahun 2015  diisi  dengan musyawarah. Tempoh liburan sudah tamat. Maka, kembali kita ke sekolah dengan debaran. Tugas apakah yang menanti? Cabaran apakah yang bakal mendatang ? Beratkah ?  ringankah tugas yang bakal digalas  ? Seribu rasa yang menghantui jiwa  kadang-kadang mengundang penasaran yang tak bertepi. Mengimbau kenangan Penghujung Disember 2014, ketika genap setahun bertugas di tempat baru terkejut dan bungkam membisu seketika menatap belasan tugas  yang perlu digalas, Berkecamuk Fikiran saat itu. Jiwa yang kerdil mengasak akal menganalisis dan  mena'akul minda. Isyarat daripada jiwa kacau dan dada sarat  emosi menghasilkan rasa  cemas dan tidak puas hati. Sesungguhnya yang jauh itu ialah masa lalu. Saya akur akhirnya bahawa perancangan Allah itu sangat indah. Pengakhiran yang saya jangka nyata tersasar. penghujung 2015, Saya masih di sini. Tanggungjawab lebih berat namun situasinya berbeza. Berada bersama barisan pentadbir men

CATATAN HARI PERTAMA ,KEMBALI KE SEKOLAH : SEGAR JIWA,BUGAR MIINDA

Saya ingin kembali ke sekolah dengan jiwa segar dan minda bugar. Biarpun, tidak seperti tahun-tahun terdahulu kerana cuti saya berlalu tanpa rehat secukup dan sepuasnya , saya masih berharap keceriaan jadi milik hakiki diri  saat melangkah  pada hari pertama sekolah dibuka.  Harapan harus diiringi doa. Malam 4 Januari, saya sujud di kaki sejadah , penuh rindu, syahdu  dan sendu mohon kepada-Nya, yang maha mengasihi dan maha menyayangi, agar lagu jiwa lara berlalu daripada kamus hidup saya.  Alhamdulillah, hari pertama berlalu indah dan meriah . Bibir mampu mengukir senyum , lidah juga mampu melafaz kata bermakna buat sahabat perjuangan dan  anak didik terkasih, Alhamdulillah, besar nikmat dan rahmat daripada-Mu , ya Illahi, Ya Rabbi.      

CUTI JEREBU DAN SEKIAN BANYAK KATA NISTA BUAT GURU

Realiti guru hari ini....terimalah dengan selapang dada dan seluas jiwa. Transformasi menuntut kita jadi insan berjati diri menghadapi realiti. Jangan gundah sahabat-sahabat guru. Ibarat anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh. Hati jangan goyah , pasrah dan reda sahaja kerana bicara nista mereka , lubuk pahla buat kita. Cuti Jerebu mengundang tohmahan. Media bersungguh-sungguh mempamerkan perasaan tidak puas hati segelintir insan yang kononnya berasa terbeban menjaga anak-anak yang tidak bersekolah. Tahap pendidikan guru-guru dipertikaikan. Terserlah kini stigma pemikiran masyarakat, Rupa-rupanya guru dianggap tidak lebih daripada pengasuh anak-anak,lalu mengundang sekian banyak kemarahan daripada warga pendidik. Azarudin Azizan Yesterday at 12:19  ·  cikgu mengada2.. kami pun ada paru2! kata korang.. ckgu mengada2.. cuti banyak pun ngada lagi.. tapi pernah kau tahu saat anak2 kau cuti sekolah, ckgu2 tu pergi sekolah mcm biasa dan selesaikan segala2 kerja2, r

ALANGKAH MAHALNYA HARGA SEHIRUP UDARA SEGAR! CUTI JEREBU, APAKAH IMPAKNYA?

 Alangkah indahnya alam! Alangkah damai jika sentiasa mendengar bunyi deruan air serentak dengan hirupan udara segar yang menyerap masuk oksigen ke otak dan menyegarkan seluruh tubuh.     Hari ini mentari tidak nampak bayangnya, Suasana suram. Indeks pencemar udara sudah sampai ke paras bahaya. Bagai  perintah berkurung, warga pendidik dan anak-anak didik berkubu di rumah. Aku menyahutnya dengan rasa berbelah bagi, Memang enak duduk di rumah  bersama-sama anak-anak. Tidak perlu terburu-buru, bangun awal, menyedakan kudapan pagi, menguruskan pakaian si kecil yang belum pandai mandiri dan akhirnya mengemas diri, menatarias wajah untuk persiapan mencari rezeki seharian dengan keyakinan diri  dan penampilan diri seorang pendidik.      Suka, suka, suka....itulah  hakikatnya saat menerima berita lewat media sosial, CUTI JEREBU TANPA GANTI. Bukankah dari sekian banyak berita, berita CUTI  menarik sekali,.  namun, agak penasaran dan kurang senang mengingati sekian banyak rancangan dan
        Baru-baru ini , pasukan forum sekolah  yang saya bimbing  melangkah ke peringkat kebangsaan.  Kejayaan paling indah dan paling manis buat saya , guru-guru dan pelajar yang terlibat .  Bagi pelajar-pelajar  , tentulah merupakan kejayaan besar. Sejarah sekolah   tidak pernah mencatatkan kejayaan pasukan  forum sekolah waima di peringkat daerah      Dua dekad sejak menggalas tugas sebagai   guru Bahasa Melayu, saya tak pernah jemu menggalakkan dan membimbing pelajar  menyertai aktiviti kebahasaan. Di mana-mana pun sekolah saya berada, saya tanpa rasa berat dan penuh rela sanggup meluangkan  masa untuk mencungkil bakat dan menyuburkan potensi diri pelajar.    Melakukannya tanpa sebab dan  tanpa syarat. Bukan kerana ingin meraih pupulariti  atau melonjakkan nama dalam kalangan rakan setugas yang baru mengenali saya di sekolah baharu  , jauh sekali kerana ingin meraih anugerah . Tidak sama sekali . Saya melakukannya kerana rasa cinta.  saya cinta bahasa Melayu.. Dunia kanak-

Kisah Guru Baharu

 Kisah Tahun 1995             Letih-letai hari itu. Mengajar kelas peralihan  yang sama,  Dua waktu untuk Bahasa Melayu dan dua waktu untuk Amalan Bahasa Melayu . Seramai 40 otrang pelajar . 90 peratus tidak memahami Bahasa Melayu. Boleh membaca tetapi tidak tahu makna. Nakalnya pula...Masya-Allah !     Sudah lama aku perhatikan anak murid aku yang seorang ini. Di dalam kelas dia tidur selalu. Bila ku kejutkan cara  lemah lembut dia buat muka tak tahu. Terpisat-pisat angkat muka, pandang mukaku sambil menggosok-gosok mata dan letak kepala semua di atas meja.  Begitulah berulang kali. Geram tidak terkata, aku hentak mejanya, tidaklah terlalu kuat tetapi cukup mengejutkannya.         Reaksinya di luar dugaan. Mungkin terkejut mimpi indahnya kugugat, dia jadi berang. Dengan wajah penuh amarah, dia mengangkat kerusi tinggi separas dadanya. Matanya tajam merenungku. Analisis mindaku dapat mencerna dia ingin menghentam aku. Astagfirullah. Aku sedang memboyot masa itu, 8 bulan men

GURU BAHASA MELAYU TERAKHIR

     Hari  ini terasa seperti berjuang sendirian.  Tiada siapa peduli. Ada aku kesah?  agaknya begitulah. kadang-kadang rasa  syok sendiri pun ada. Rasa bersalah kerana terasa bersikap prejudis pun ada, Entah yang mana satu pun tak ku tahu. Yang jelas medan rasa kurang enak itu memang telah hadir.      Begini ceritanya...aku melatih anak-anak didikku berforum. dengan bahasa indah, Bahasa santun ku ajarkan kepada mereka.   Laras bahasa ilmiah yang penuh keindahan berbahasa ku dedahkan kepada mereka. Mereka berlatih bersungguh. Menghafal skrip,  melatih diri menjawab soalan spontan dan memperbaiki sebutan baku.     Akhirnya mereka mencipta sejarah.  Piala Johan Daerah Pertandingan Forum Remaja menjadi milik mereka.  KISAS , pasukan yang tak pernah kecundang peringkat daerah tumpas di tangan  mereka. Lalu hari ini Puan pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang di tapak perhimpunan. Sungguh aku terkejut, saat anak-anak didikku ke pentas tiada tepukan kedengaran. Lebih 600 oran